Sunday, June 28, 2009

tajuk entri agak sci-fi: si tanggang moden.

hari sabtu ke kuala lumpur.
pak long punya anak kawen.
pak long orang kaya.
rumah dalam golf club.
anak anak pak long semua sekolah sek men dato abdul razak.
S.D.A.R.
SEDAR DIRI!!!

anak anak pak long tak banyak cakap.
anak anak pak long tak banyak cakap dengan saudara saudara status kebanyakan.
anak anak pak long tak banyak dengan aku dan adik beradik.
aku saudara saudara kebanyakan anak anak paklong.
aku tobat taknak jadi macam anak anak pak long yang berjaya tapi sombong.

sebelum ke kenduri kami satu family bawak mak jalan jalan pergi one utama.
cadang nak beli seluar baju pegi langkawi nanti

aku mintak mak beli suar pendek satu.
mak angguk tanda 'please proceed'.

masuk topman.
ada satu short cantik.
aku masuk fitting room untuk try.
muat muat.
tengok pricetag tak la mahal sangat.
boleh ni nak ejas suruh mak beli.

sekali,
dengar suara mak.
kuat.
panggil..
ADEK!!! ADEK!!!

tiba tiba mood excited aku bertukar.
transform jadi mood si tanggang.
jadi malu bila mak aku panggil aku adek dalam fitting room topman.
aku kuar trus cakap tak jadi beli seluar.
mak aku angguk ja.
aku cakap short tu tak padan.
tapi sebenarnya aku malu dipanggil adik.

tapi 15minit lepas tu.
aku malu dengan diri sendiri

bodoh punya sitanggang.
bodoh punya topman .
bodoh punya nama panggilan nama manja rumah.

eh salah salah.

BODOH PUNYA DAJMARIZAL.

adek mintak maap mak.
si tanggang mintak maap.



Friday, June 26, 2009

mengadap mekah atau ros ditangan. whats a big fuss?

and so the king of pop find died on 25june.
jackson's passing was front-page news around the world.


and in malaysia, people are not just talking about his c.o.d.
none were mention about what caused the death of this once the whitest molester in hollywood history.
what they really concern about is the funeral orientation of this pop king.
whether michael will be buried in christianity fashion with roses in his hand
or
mikail will be rested in white kapan facing mecca.

this is what malaysian put their concerns-hat on.
in the world of pop culture,
one culture still lingers around malaysian concerns.
its religion fundamentalism.

funny and audacious.

Tuesday, June 16, 2009

happy fathers day, mak!!!

khayal.
terma mudah yang dijadikan larangan dalam komuniti yang aku diami.
mak,
cikgu,
jiran,
kawan kerap kali melarang aku untuk khayal.


apatah lagi jika medium khayal yang aku obseskan hanyalah tumbuhan ciptaan tuhan mereka juga.
hanyalah salah satu daripada objek yang melata tumbuh dari tanah yang tuhan juga gunakan untuk mencipta 80% dari tubuh badan khalifahnya.
khayal yang aku gemari memang acap membahayakan.
boleh meninggalkan amalan.

aku pernah besembang dgn mak pasal hal ni.
best.
mak bila umur dia atas 55 ni dia superbest.
matang.
linear.


aku cuba menangkan khayal.
mak kusyuk dgr.

waktu tu tapi to my defence,
say, aku khayalkan percintaan.
khayalkan genre musik.
ataupun khayalkan teknologi lensa.
aku juga membahayakan public.
bukan?

tapi kenapa mak boleh lega bila adik kemaruk bercinta?
kenapa mak boleh senyum je bila adik ulang ulang detroit rock city on the way kita pi melaka dulu?
kenapa mak izinkan adik bila adik berseloroh yang adik nak kamera mahal dekat 2ribu guna duit pencen mak?


mak jawab :
pasai dadah dah terang terang haram. kita ikut ja laa.

buat apa nk buat benda yang lain pada orang?
kita hidup nak kena bermasyarakat.
tak kira bodoh ka kita. pandai ka kita.
tapi kalu asek ke kiri jaa pun susah nak hidup esok.
kita ni buat apa apa pun pasai nak hidup.
survivor!

survival mak, s.u.r.v.i.v.a.l.

haa "survival!".
mak sambut.

dia sambung.
kalau adik sakan bercinta mak boleh ja hepi tau yang hang da pandai jaga anak orang kot tak banyak sikit.
kalau hang suka muzik, kot kot boleh jadi penyanyi. tak pun otak aktif kalau rajin dengar muzik.

fuhh.
kalah.

tapi lepas tu mak tambah lagi;
tapi katalah adik syok sakan dengan dadah.
lama lama mak kena terima laa.
dah anak mak.
janji tak abai apa apa yang adik pecaya.


ooooo.
maka aku janji aku tak akan lupa dan abaikan perkara paling penting yang aku percaya.
1. aku percaya mak.

Thursday, June 11, 2009

glory glory gaffer!

i can see why they might want to sell that 'elvis'.

why a club has accepted £80million for a player who doesn't want to be there?
well there is no other perfect way to killed a virus in united and ka-ching ka-ching!

Wednesday, June 10, 2009

sorak sorai kenduri 1

masa kenduri zolkipli pulang.
pulang untuk menjadi wali kak ina.
sedara mara suma muka suam.

aku jugak suam.
masam walupun mandi.

dia tarik aku pegi bawah pokok jauh sikit dari orang.
dia cakap, dia ada lung cancer.
dia melawak, nak tau apa tu lung cancer, sila rujuk kotak rokok.
aku nk gelak.. tapi aku tahan.
aku jugak tahan perasaan excited jumpa dia
dah 5tahun lebih aku tak jumpa dia.
last time aku jumpa dia, aku stil sikat rambut belah tengah ada dua jambul dihadapan.
punya la lama.

dia sambung cakap lagi.
dia mengaku dia salah.
dia mintak maap sebab dia silap.
dia jugak kata aku anak yang paling dia sayang.

satu hapa yang dia cakap,
tobat aku tak percaya.

tapi
semakin meninggi matahari
semakin ramai orang datang makan kenduri
semakin ramai orang dia salam

lama lama aku perasan yang tebalnya muka dia menjalankan kewajipan di hari kenduri walaupun sedara mara ramai yang masam, dia tetap stabil menghadapi kondisi pemulauan.

aku tabik dia untuk tu.
adik tabek bapak untuk tu.

susah nk buat macam tu.

aku akan try belajar jadi tabah macam dia.
mana tau, mungkin satu hari nanti aku akan nyanyi duet lagi lagu michael learns to rock dengan bapak macam dulu dulu.