Wednesday, March 4, 2009

puisi, agama dan sensitiviti umat

tadi aku ke majlis kampus.
ada resital puisi dari orang orang sastera yang prihatin.
ditto!


maka ini boleh aku kemuncakkan sebagai satu tanda yang tempat belajar aku ini kerap juga menoropong permasalahan luar sambil mengeluh-kesah.
syabas!


tapi mengapa hanya konflik-baru-masak kampuchea dan juga permasalahan fundamentalis dua agama wahyu sahaja yang digazetkan?
konteks penghayatan empati secara popular sudah sedari dulu aku gelengkan.
tiadakah simpati untuk golak gelodak darfur?
krisis makanan di somalia?
perebakan virus hiv dari konteks baru di afrika tengah tidakkah mahu dilolongi ditangisi bersama?
entah?!


aku sampai majlis sudah pun bermula.
tapi para dif dif kehormat masih belum tiba.
itu standard.
barulah imej the-important-one-is-the-last-to-come tersemat rapi sehingga ke liang lahat.


himpunan audien-paksaan sudah lama tiba.
antaranya aku.
dan diantara aku dan pelajar pelajar yang aku tidak kenali,
duduk disudut kiri dewan adalah berpuluh puluh kanak kanak kecil berbaju sedondon biru yang aku khuatir motif kehadiran mereka.
apakah hanya untu merasai kehidupan malam dibilik berhawa digin?
mungkin juga.
cayalah dik, bijak menggunakan peluang!


setelah berdiri selama hampir 2minit untuk menghormati dato seri dan beberapa orang orang penting,
muzika patriotisma dialunkan.
ramai yang menyanyi lagu kebangsaan dengan tertib.
kudos!


aku mula lelah dengan protocol protocol asas majlis seperti ini.
tapi takpe, demi attendance, aku layankan aje.
haih~!


kemudian naek seorang saudara bersongkok dan berbaju batik.
amboi, 'melayu hadhari' betol.
beliau adalah pembaca doa untuk majlis itu.

semua hadirin termasuk aku diam menghormati doa yang diucapnya sambil di-amin-kan oleh saudara saudara seagama.
doa dia panjang.
aku ralit mendengar.
sedap doa 'ratapan palestin' itu.


tetiba,
aku mengesan bait bait doa-nya dijerumuskan semberono kearah manusia manusia bukan islam.
dia berdoa agar tuhannya menghancurkan orang orang kafir dan menyelamatkan saudara seagamanya dari azab peperangan.
aku tersentak.
terkejut.
ish biadap-nye.


mana perginya sensitiviti saudara melayu-hadhari berbaju batik ini?
tidak ada nilai toleransi-kah dia dalam mengucapkan doa.
ramai kot audien dia yang dari golongan non-moslem.
budak budak sabah row depan aku mula tidak senang duduk.
hati mereka pasti menangis.
hati para 'kafir' pasti merajuk mengenangkan status mereka yang didoakan agar menerima impak bala dari tuhan saudara melayu hadhari tadi.



kesian.
marah.
tergelak.
mengelengkan kepala.


butoh!




6 comments:

alia said...

aha cikgu.

subtlety and sensitivity are not their best traits.
but then again, i think most religion fanatics, regardless the belief, pray the same thing also.

coin-operated daj said...

perhaps.
and still i remeber that my mak once said, orang buat benda tak elok jangan dok ikot.


simple.

kan?

Anonymous said...

a typical trait of religious fanatic, ignorant.

Meen Eunos said...

betol jgk ckp ko tam!

coin-operated daj said...

mestila betul wahai folower-ku.
hahaha

coin-operated daj said...

ignorant is a thing, th other thing is their lack of respects to others.
as if, dia sorg je ada tuhan.