masa kenduri zolkipli pulang.
pulang untuk menjadi wali kak ina.
sedara mara suma muka suam.
aku jugak suam.
masam walupun mandi.
dia tarik aku pegi bawah pokok jauh sikit dari orang.
dia cakap, dia ada lung cancer.
dia melawak, nak tau apa tu lung cancer, sila rujuk kotak rokok.
aku nk gelak.. tapi aku tahan.
aku jugak tahan perasaan excited jumpa dia
dah 5tahun lebih aku tak jumpa dia.
last time aku jumpa dia, aku stil sikat rambut belah tengah ada dua jambul dihadapan.
punya la lama.
dia sambung cakap lagi.
dia mengaku dia salah.
dia mintak maap sebab dia silap.
dia jugak kata aku anak yang paling dia sayang.
satu hapa yang dia cakap,
tobat aku tak percaya.
tapi
semakin meninggi matahari
semakin ramai orang datang makan kenduri
semakin ramai orang dia salam
lama lama aku perasan yang tebalnya muka dia menjalankan kewajipan di hari kenduri walaupun sedara mara ramai yang masam, dia tetap stabil menghadapi kondisi pemulauan.
aku tabik dia untuk tu.
adik tabek bapak untuk tu.
susah nk buat macam tu.
aku akan try belajar jadi tabah macam dia.
mana tau, mungkin satu hari nanti aku akan nyanyi duet lagi lagu michael learns to rock dengan bapak macam dulu dulu.
little notes of thoughts
-
Political education is something I have never formally been exposed to, it
has always been informal encounter and engagement and a topic I claim no
experti...
4 comments:
"mana tau, mungkin satu hari nanti aku akan nyanyi duet lagi lagu michael learns to rock dengan bapak macam dulu dulu"
...and i would pray with every faith i have, that day will soon happen.
when taht day hapen, all things yg i pecaya akanberubah.
susah tu
then? u tamo pon that day happen?
Aku baca post ni aku tersenyum.. macam tengok movie "sepi".. senyum tapi malu nak mengaku. Hidup ni macam rancangan tv gak.. setiap hari adalah episod yang berbeza. Ada episod yang kita benci sebab kebodohan hero atau heroinnya, atau kejahatan yang tidak disangka. Tapi yang penting kita jangan bosan atau putus asa. Teruskan menanti dan menonton dengan dengan semangat episod-episod akan datang. Mesti ada episod yang kita suka.
Post a Comment