Wednesday, October 15, 2008

berdialog dengan saya yang melayu

saya sering berbicara mengenai saya, mengenai apa itu saya? Bagaimana itu saya? Dan banyak lagi persoalan persoalan yang hanya saya yang boleh menjawabnya. Kerapkali terjadi, soalan soalan saya amat tidak masuk akal. Contohnya, mengapa saya mengeluarkan tahi yang bewarna coklat sedangkan rakan rakan lain boleh berbangga dengan tahi mereka yang bewarna kuning keemasan? Kadangkala timbul juga persoalan bijak [bagi saya] mengenai: mengapa M. maniamman boleh menarik Boeing747dengan hanya mengunakan rambut beliau sedangkan saya tidak?

Saban hari, saya mulai sedar, persoalan persolan inilah yang memotivasikan diri saya agar bangun dipagi hari dengan senyuman dan bersiap sedia untuk mencabar tubuh badan saya hingga ke tahap maksimas. If im right in defining it, this is what they call "muhasabah diri" in islam.

untuk beberapa ketika dimusim cuti raya cina, saya ke pulau pangkor bersama rakan rakan untuk menunaikan hasrat mandi manda di laut biru, sepanjang 2hari di sana, aktiviti mandi manda tergendala disebabkan oleh hujan yang bertalu talu [damn! how I hate tropics] turun meruntuhkan hasrat kami untuk mandi sampai lebam as well as ruining my sandcastle. Seketika menanti hujan reda, kami duduk berbincang mengenai dunia, hiburan, perang, bolasepak, the late anna Nicole smith, dan juga mengenai bangsa melayu.

Saya ada beberapa soalan terbengkalai mengenai bangsa 'special' ini. Beberapa ketul soalan yang saya rasakan dajmarizal's dopleganger gagal untuk menjawabnya. Beberapa soalan yang dajs imaginary friend gagal jawab sewaktu berdiskusi didalam toilet ketika mencangkung memerah tenaga mengeluarkan tahi. [don't lie, u do have this sort of friend as well right?]

Soalan soalan lazimnya berbentuk: apakah bangsa melayu ini adalah bangsa yang bersyukur? Apakah bangsa melayu ini terlalu bedebah untuk menyedari yang mereka sebenarnya boleh digelarkan munafik angkara sesuatu sebab yang saya akan rungkaikan kemudian?

Lantas dikesempatan rintik rintik hujan yang masih belum menunjukkan tanda muak untuk terus menghentam pasir [termasuk istana pasir saya], saya bertanyakan hal bangsa melayu ini pada rakan rakan. Harap harap mereka tidak marah. Moga moga mereka tidak melenting. Sesuatu yang saya sedari, melayu ini pantang ditegur [me too], pantang ditunjukkan kesalahan, pantang diajak berbincang, pantang diseru kearah yang berbeza walaupun menyedari yang jalanan yang diseru itu adalah jalanan kearah kebaikan. Ini dibuktikan dengan wujudnya satu peribahasa kuno yang jika tidak silap saya hadir dalam sulalatus salatin yang berbunyi "biarkan saja pasu bunga menjadi bekas minum jika itu yang senang dihati."

Mujur, hari ini rakan rakan tidak melenting tika saya mengajukan soalan perihal melayu. Mungkin menyedari tak guna melenting lantaran saya bertugas memegang wang perbelanjaan untuk trip kali ini. [mak, adik jadi bendahari siot!! Haha]. Hujah demi hujah dari mereka amat menyenangkan sesenang hati saya melihat hujan mulai berhenti secara berperingkat peringkat.

Ada yang mengatakan melayu ini lemah hasil dari nama melayu itu sendiri. The equation is simple: MELAYU= REBAH, MENJUNAM, LEMAH SECARA PERLAHAN LAHAN. Umm mungkin juga, tapi sejak bila nama memainkan peranan secara langsung dalam pembentukan peribadi seseorang? Kerana bagi saya, keperibadian wujud dari kekeliruan kekeliruan manusia itu sendiri. Masalah dalam keperibadian adalah amat mudah, ketika manusia menjadi moden, selalu timbul kerinduan untuk kembali ke zaman dungu masa lampau, menjadi peribadi yang teguh sekaligus naïf. [mind the circle trend theory]

Soalan mengenai adakah melayu itu bangsa munafik mendapat deruan jawapan yang memberangsangkan, munafik dalam erti kata moden lagi rock and roll ialah "cakap tak serupa bikin". Munafik juga ditafsirkan oleh penggiat penggiat dangdut sebagai "persis mukanya lain, hatinya aneh". Dalam ertikata peminat peminat malaysia's indie yet mainstream scene, munafik bolehlah diertikan sebagai "seven collar t-shirt" yang mana melalak perihal skate scenes di Malaysia padahal mereka bermain bolasepak dipetang hari.

Kata rakan rakan, bangsa melayu ini ratanya munafik. "Munafik yang bagaimana? Mengapa pula munafik? Itu agak keras bagi bangsa melayu don't you think?" Kata saya. Jawapan mereka sungguh ajaib bagi saya. Mereka berpendapat, munafik orang melayu datangnya dari para pemimpin. Kerana, orang melayu sekarang bukanlah orang yang mampu bersyukur atas penghasilan yang diperoleh dari usaha keringatnya. Padahal martabat manusia ditentukan oleh kemampuannya bekerja, iaitu kesungguhannya membangun dengan tenaga akal dan perasaan dalam menyelesaikan kerangka sifatnya sebagai tangungjawab insani kepada tuhan. Mereka mengaitkan bencana rasuah/korupsi di Malaysia. Korupsi yang membelit peribadi melayu tidak mungkin dirawat apatah ditumpaskan. Bahkan, sampai ayam boleh mengucapkan 'hello' sekalipun tidak mungkin rasuah dapat dinyahkan dari bangsa melayu. Ini terjadi kerana ketidakmampuan orang melayu bekerja dengan tanggungjawab kepada tuhannya, bahawa tangungjawab insani itu dengan sendirinya merupakan ikhtiar manusia untuk bersyukur pada tuhannya. Orang melayu sengaja lupa, sengaja lalai yang mereka bekerja kerana tuhannya juga bekerja.

Ketika orang melayu berbicara perihal ketuhanan- nama yang disebut sebut dengan fasih lagi lancar didalam hafalan tarikatnya- maka tuhan dalam benak otak melayu adalah sibodoh yang boleh diarah arah untuk membuatkan mereka pintar untuk mencuri wang negara dan wang rakyat. Ini membawa erti, orang melayu tidak lagi takut pada tuhannya, tuhan mereka kini adalah not not wang yang berwarna warni. Dengannya, orang melayu dianggap mulia dalam tafsiran bangsa adalah kerana hartanya bukan harkatnya. Manfaatnya bukan kerana martabatnya.

Inilah gambaran sebenar bangsa melayu yang munafik. Berpenampilan nabi namun berkelakuan babi. Malah yang kuat beragama juga mempunyai hati busuk lantaran demam munafik sudah menjangkiti mereka. Perjuangannya siang dan malam, doanya sehari hari, sehingga kebas bibirnya, berliur basi mulutnya, tidak lain tidak bukan mengharapkan kemusnahan pada bangsa bangsa lain yang tidak semetri aliran kepercayaannya. Namun di kaca tv, di corong radio saban hari menegaskan kemuakfakatan adalah asas pembangunan ummah. Tertawa saya sebentar memikirkan pandangan berani ini. Namun untuk keselamatan rakan yang menegaskan perihal sebentar tadi, ingin saya katakan, tidak semua ulamak melayu sebegitu rupa. Segelintir, harapnya.

Saya menambah, orang melayu juga degil untuk bersyukur, mereka senang terbelit. Tidak kurang juga yang membelit. Ini menambahkan derita bangsa yang sudahpun kusut masai. Andai saja bangsa melayu itu saleh, pekerjaan yang diberkati oleh tuhannya adalah menerima nafkah yang paling kecil pun dengan rasa syukur, maka saya percaya tidak terjadi korupsi seperti sekarang, korupsi seperti hari semalam, korupsi seperti hari esok. Tapi apakan daya, soalnya ialah tidak ada lagi nurani ynag dapat melahirkan rasa syukur yang tulus dan ikhlas dihati bangsa melayu. Bayangkan, pekerja kerajaan yang mahu membuka tender hanya mahu mengucapkan terimakasih pada pembida pembida yang menyediakan proposal mengandungi not not wang didlamnya.

Keanehan bangsa melayu ini bukanlah sesuatu yang baru. Ia tidak bermula dari hari mokhtar dahari merembat kencang melepasi penjaga gol England pada perlawanan pestabola merdeka yang berkesudahan Malaysia 2-1 england B. masalah aneh ini bermula seawal kedatangan portugis lagi, malah mungkin as early as history can recall.

Saya tidak menolak anggapan yang bangsa bangsa lain juga mempunyai masalah yang sama. Saya juga kadangkala bersetuju bahawa penyakit ini sebenarnya bukanlah penyakit bangsa namun ia sebenarnya virus yang datangnya dari amalan demokrasi. Who knows?

Namun apa yang ingin jelaskan ialah berdasarkan satu poster yang emak saya bawa pulang dari hospital yang saya rasa sesuai juga digunakan dalam hal ini. Ia berbunyi: healthy lifestyle starts from your own yard.

Owh hujan sudah reda.

Saya mau mandi. Splash!!!

No comments: