Wednesday, February 11, 2009

biarkan aku dilempiaskan dengan carut marut.

teruskan.
selamat berjaya.

kerana aku percaya baik buruk tingkahlaku aku tidak ada kena mengena dengan set set asas dosa dan pahala.

kerana pada aku struktur set baik buruk yang berskala pada jumlah dan majoriti adalah sangat pitiful.

kerana aku sukar untuk berubah menjadi satu susuk angguk yang pada hakikatnya mahu menggeleng.

kerana aku tidak bisa menjarakkan sesuatu batas sosialiti yang tidak pernahpun aku wujudkan perbedaan.


dan yang paling penting,
kerana aku tahu yang kelak kita akan berjumpa pada satu titik penyelesaian yang sering kita jadikan laman retorikal perhubungan.










maka, biarkan aku dilempiaskan dengan carut marut.
dan seperti yang aku katakan tadi,


teruskan.
selamat berjaya

No comments: