Thursday, December 10, 2009

cakap berak tak basuh tau pulak marah



petang tadi aku siram pokok.
kuarkan peluh sikit.
dapat dua tiga leleh peluh tepi tepi ketiak tu cukuplaa.
futsal letih sangat pulak.

cik kuar, mintak lighter kat aku.
dia nak bakar pelepah pelepah tua kat depan.

dari porch aku tengok cik sembang dengan nyonya depan.
nyonya depan ni baik,
tak bela anjing sebab tau kawasan org islam anjing tidak digalakkan berkeliaran.


tapi bukan pasal anjing yang cik sembang dengan nyonya tadi.
cik sembang tadi pasal kenduri kawen kak an.


tapi bukan exactly to that kenduri spot yang cik dengan nyonya yang tak bela anjing tu sembangkan.
cik sembang tu pasal jodoh pilihan kak an.


nyonya sembangkan pasal jodoh pilihan kak an seorang negro.
nyonya rasa pelik.


honest laa,
aku pun mula mula pelik jodoh pilihan kak an seorang negro.
tapi pikirpikir balik aku lagi kurang pelik jodoh pilihan kak an seorang negro dari hidup sampai tua enjoy tiada bimbingan sampai ke liang lahad.


serius.
tak semua orang sayang orang lain dengan cara yang sama.

nyonya bilang,
"kenapa an sama negro? negro banyak jahat."

cik bakar sampah.
masih constant.

nyonya tambah lagi, far from her knowing, it was just like adding salt to the wound.
"negro aaa, jika tak jahat aa, mesti jual jual jam punya orang jugak."

aku dengar mula mula lawak.
kecik nya otak dia ni.
ade dua je kategori manusia negro?
ape babi.

aku tinjau muka cik.
muka cik tak kuar peluh. padahal dia berdiri close to that open burning.
haa.. cik kalau kat tempat panas tapi tak berpeluh, itu tandanya dia tengah marah.


jaga jaga nyonya doa aku dalam hati.


tak lama lepas tu, cik dari bongkok ke posisi tegak.
tarik nafas... dia lelah sikit.


then cik reply,
"apa orang pun nya kalau jahat, jahat nya... ituu lu punya ah hock sana sini MCA meeting itu ini sampai johor pun pigi dulu. belakang sudah pecah.. dia ada pompuan jugak apa... bukan meeting, bukan MCA."

pomm!

hujah cik sempoi. dituju dengan personal tapi berpatutan.
kalaulah aku boleh bangun dan bertepuk tangan secara tiba tiba di publik tanpa dipandang pelik, that would be the moment for it.

nyonya sengih sengih cina.
cik angkat angkat kening sambil dalam hati tanya "apa macam nyonya? apa lu mau cakap skalang?"
nyonya buat muka stable tapi payah.
dia paham
cik meludah retorika warna kulit dan genetik-bias padanya.
dia paham yang cik tak suka warna kulit jadi penimbang semua nasib ketentuan manusia.
dan dia juga paham cik akan attack personal crisis famili cina depan rumah aku ni selagi nyonya ni attack ruang litup tertutup anak sedaranya.

aku senyum sorang sorang sambil siram pokok bunga.
cik muka choom jalan masuk rumah.
nyonya mengelap muka, sambil terus mengutip pelepah kelapa tanpa henti.
mak dalam bilik lena letih bagi kad kenduri :)

Sunday, December 6, 2009

as i keep on rolling. tampak hiphop? bukan. ianya pop pop otak.

sedar.


macam lepas bangun tido.


macam lepas mandi.


macam lepas kena nasihat.


bukan macam lepas bersukan.


itu segar bukan sedar.


tapi setelah sedar.

terasa segar.

macam lepas bangun tido.

macam lepas mandi.

tapi

bukan macam lepas kena rasuk.

lepas kena rasuk, orang selalunya letih letih.

2jam setengah dari kl.
sampai rumah caj henfon dan tuan henfon dan terus baring.

dan terus masuk ke deepbox.



jauh berpikir keluar satu konklusi 5hari aneh di kuala lumpur.


aku sedar
yang memandu itu tidak sukar bila malamnya diisi kawan, kesesakan dan awan.


aku sedar
yang memandu itu tidak sukar bila malamnya diisi kawan kesesakan dan awan dan yeen.


aku sedar
yang nama yeen memang tak berima dengan kawan, kesesakan dan kawan.


aku sedar
yang 6jam saat romantik boys will always be boys will always be remembered as hari aku mati hidup semula.


aku sedar
yang askar tua yang berpoligami tidak semuanya tampan dan bijak bersosial.


aku sedar
yang tak perlu touchngo lagi kerana di ipoh sudah tiada tol booth.


aku sedar
yang porn amatur lebih banyak adegan ciuman dari porn berskrip.


aku sedar
yang akan perlu berkahwin setahun dua lagi.


aku sedar
yang tidak perlu terlalu kaya untuk berkahwin.



aku sedar
yang tidak mahu berebut harta pusaka.


aku sedar
yang aku suka life adventure dari satu fasa ke satu fasa sambil bergelak ketawa.


aku sedar
yang aku suka life adventure dari satu fasa ke satu fasa sambil bergelak ketawa dan yeen.


aku sedar aku sedar
yang aku suka life adventure dari satu fasa ke satu fasa sambil bergelak ketawa dan yeen dan kawan kawan dan kesesakan dan awan.


aku sedar
yang tidak salah ke warehouse pada hari terakhir, banyak lagi stok tauke tu simpan.


aku sedar
yang aku tadi ni lagging asik eja warehouse dengan w.h.o.r.e.h.o.u.s.e


aku sedar
yang aku makin suka dengar lagu house.



aku sedar
yang mak aku suspek aku pergi disco.



aku sedar
yang mak aku was sooo 2003.



dan aku sedar
yang i am so 24!