Thursday, December 10, 2009

cakap berak tak basuh tau pulak marah



petang tadi aku siram pokok.
kuarkan peluh sikit.
dapat dua tiga leleh peluh tepi tepi ketiak tu cukuplaa.
futsal letih sangat pulak.

cik kuar, mintak lighter kat aku.
dia nak bakar pelepah pelepah tua kat depan.

dari porch aku tengok cik sembang dengan nyonya depan.
nyonya depan ni baik,
tak bela anjing sebab tau kawasan org islam anjing tidak digalakkan berkeliaran.


tapi bukan pasal anjing yang cik sembang dengan nyonya tadi.
cik sembang tadi pasal kenduri kawen kak an.


tapi bukan exactly to that kenduri spot yang cik dengan nyonya yang tak bela anjing tu sembangkan.
cik sembang tu pasal jodoh pilihan kak an.


nyonya sembangkan pasal jodoh pilihan kak an seorang negro.
nyonya rasa pelik.


honest laa,
aku pun mula mula pelik jodoh pilihan kak an seorang negro.
tapi pikirpikir balik aku lagi kurang pelik jodoh pilihan kak an seorang negro dari hidup sampai tua enjoy tiada bimbingan sampai ke liang lahad.


serius.
tak semua orang sayang orang lain dengan cara yang sama.

nyonya bilang,
"kenapa an sama negro? negro banyak jahat."

cik bakar sampah.
masih constant.

nyonya tambah lagi, far from her knowing, it was just like adding salt to the wound.
"negro aaa, jika tak jahat aa, mesti jual jual jam punya orang jugak."

aku dengar mula mula lawak.
kecik nya otak dia ni.
ade dua je kategori manusia negro?
ape babi.

aku tinjau muka cik.
muka cik tak kuar peluh. padahal dia berdiri close to that open burning.
haa.. cik kalau kat tempat panas tapi tak berpeluh, itu tandanya dia tengah marah.


jaga jaga nyonya doa aku dalam hati.


tak lama lepas tu, cik dari bongkok ke posisi tegak.
tarik nafas... dia lelah sikit.


then cik reply,
"apa orang pun nya kalau jahat, jahat nya... ituu lu punya ah hock sana sini MCA meeting itu ini sampai johor pun pigi dulu. belakang sudah pecah.. dia ada pompuan jugak apa... bukan meeting, bukan MCA."

pomm!

hujah cik sempoi. dituju dengan personal tapi berpatutan.
kalaulah aku boleh bangun dan bertepuk tangan secara tiba tiba di publik tanpa dipandang pelik, that would be the moment for it.

nyonya sengih sengih cina.
cik angkat angkat kening sambil dalam hati tanya "apa macam nyonya? apa lu mau cakap skalang?"
nyonya buat muka stable tapi payah.
dia paham
cik meludah retorika warna kulit dan genetik-bias padanya.
dia paham yang cik tak suka warna kulit jadi penimbang semua nasib ketentuan manusia.
dan dia juga paham cik akan attack personal crisis famili cina depan rumah aku ni selagi nyonya ni attack ruang litup tertutup anak sedaranya.

aku senyum sorang sorang sambil siram pokok bunga.
cik muka choom jalan masuk rumah.
nyonya mengelap muka, sambil terus mengutip pelepah kelapa tanpa henti.
mak dalam bilik lena letih bagi kad kenduri :)

6 comments:

yeen said...

mak u tetap berperangai bapak kan? sian la cik kena jd homestreet fighter sorang2. ahaha.

coin-operated daj said...

hahaa xpe. stakat chun-li dpn uma tu. cik selaku vega hadap mudah jee

azmir abdullah said...

ala daj dah la tak ajak aku p kenduri. kecik hati aku ni yg dah mmg kecik.. tapi aku rasa hati nyonya depan rumah lg kecik lepas kena perli. huhu

coin-operated daj said...

da mcm bukan perli daa.
da mcm kena tunjai pala tu.

mai laa met. aku ajak da laa kan.

Pencungkil GiGi said...

baru aku tau jiran ko yang kat depan tu kelakar orangnya. ;)

emotion device said...

Aku rasa nyonya tu bukan sengaja nak kecikkan hati cik ko. Dia over ambik berat sampai fikir nagetif. Perasaan yang pada mula di fikirkan betul dan mulia. Itulah jadinya kalau kita hanya memandang sesuatu perkara dalam perspektif tunggal. kita hidup dalam dunia 3 damensi. At least pandang la dari 3 persepktif untuk mengetahui keseluruhan perkara. hahah tu belum dalam pandangan dari demensi ke 4 ke 5 ke 6 ke 7 ke 8 dan 8 lagi ke 9 ke 10. tu pandanga jin, malaikat, setan , tuhan, apa apa lagi la.. so xpayah fikir sebab aku pun tak faham. Jap aku layan lagi pasal demansi lagi, tak katam lagi.