Tuesday, June 16, 2009

happy fathers day, mak!!!

khayal.
terma mudah yang dijadikan larangan dalam komuniti yang aku diami.
mak,
cikgu,
jiran,
kawan kerap kali melarang aku untuk khayal.


apatah lagi jika medium khayal yang aku obseskan hanyalah tumbuhan ciptaan tuhan mereka juga.
hanyalah salah satu daripada objek yang melata tumbuh dari tanah yang tuhan juga gunakan untuk mencipta 80% dari tubuh badan khalifahnya.
khayal yang aku gemari memang acap membahayakan.
boleh meninggalkan amalan.

aku pernah besembang dgn mak pasal hal ni.
best.
mak bila umur dia atas 55 ni dia superbest.
matang.
linear.


aku cuba menangkan khayal.
mak kusyuk dgr.

waktu tu tapi to my defence,
say, aku khayalkan percintaan.
khayalkan genre musik.
ataupun khayalkan teknologi lensa.
aku juga membahayakan public.
bukan?

tapi kenapa mak boleh lega bila adik kemaruk bercinta?
kenapa mak boleh senyum je bila adik ulang ulang detroit rock city on the way kita pi melaka dulu?
kenapa mak izinkan adik bila adik berseloroh yang adik nak kamera mahal dekat 2ribu guna duit pencen mak?


mak jawab :
pasai dadah dah terang terang haram. kita ikut ja laa.

buat apa nk buat benda yang lain pada orang?
kita hidup nak kena bermasyarakat.
tak kira bodoh ka kita. pandai ka kita.
tapi kalu asek ke kiri jaa pun susah nak hidup esok.
kita ni buat apa apa pun pasai nak hidup.
survivor!

survival mak, s.u.r.v.i.v.a.l.

haa "survival!".
mak sambut.

dia sambung.
kalau adik sakan bercinta mak boleh ja hepi tau yang hang da pandai jaga anak orang kot tak banyak sikit.
kalau hang suka muzik, kot kot boleh jadi penyanyi. tak pun otak aktif kalau rajin dengar muzik.

fuhh.
kalah.

tapi lepas tu mak tambah lagi;
tapi katalah adik syok sakan dengan dadah.
lama lama mak kena terima laa.
dah anak mak.
janji tak abai apa apa yang adik pecaya.


ooooo.
maka aku janji aku tak akan lupa dan abaikan perkara paling penting yang aku percaya.
1. aku percaya mak.

2 comments:

Pencungkil GiGi said...

orang tua fikir cinta dan musik ni tak kena masuk penjara kot..

dahtu aku ni??

tumbuhan lagi faham dari manusia...

coin-operated daj said...

aku mmg pro-tumbuhan je laa ni