Tuesday, April 28, 2009

pencegah yahudi holocaus = gestapo maksiat melayu.

dia dibesarkan didalam agama.
disekolahkan dengan lillahi-taala.
dia disolehkan dengan ibu bapa yang bersujud 34kali sehari suntuk.

dia besar dan bertugas sebagai pencegah maksiat.
dia kayak gestapo agama yang mencari mungkar yang pada mulanya diperhatikan ringan.
tapi corak pekerjaannya tidak begitu telus.
disaran agamanya supaya pemaksiat perlu dihalang oleh empat orang berjanggut warak dengan konteks ceramah dakwah.

namun,
dia bukannya berdakwah pada si pemaksiat, bahkan dia mengintai, menunggu dan mencari keadaan sesuai untuk menggari si pemaksiat atas alasan bersetubuh.
satu alasan yang dia sendiri boleh mansuhkan andaikata dia juga seperti tuhannya membuka pintu taubah 24/7.

tapi dia bukan tuhan.
dan dia kurang segan dengan tuhannya.
dia lagi takut dan tunduk pada tuannya.
tuannya adalah pak2 kadi.
tuannya adalah opresi autoriti.
senjatanya adalah gari berpelurukan harga diri.
dia kerjakan amalan tuhannya -tapi-berpandukan kontrak kejam tuannya.
dia tidak merungut pada kondisi kerja yang bermula pada malam hari.
dia bangga mengaut wang komisen menghentikan orang yang asyik berenjut.


bukan tidak pernah dia terasa terpesong.
pernah saja dia bersubahat memeras ugut dan memeras organ2 sulit si pemaksiat untuk sigh-reliefnya yang sendiri.
pernah juga dia menanam bukti bukti visual agar kes pecah rumah berwarannya diterima oleh kounsel pengadilan.
pernah saja dia lepaskan si pemaksiat kerana penisnya menegang sudah disedut berdecik-decip oleh si pemaksiat yang dia tinggalkan tanpa sebarang opsyen.


dan satu hari, anaknya ditemui mati didalam guni di sebuah kebun kelapa sawit.
anaknya ditemukan degan kesan kelaran lebar ditengkuk.
dia sedih.
pengsan.


dan didalam pengsannya, dia bermimpi,
ini adalah kesan ke-maksiat-an-nya pada humaniti. pada tuhannya. pada akalnya. pada nafsu fetis serongnya. pada komisen ringgit yang diterimanya.
dia silap kerana berselawatkan tuannya dan ringgit.


dan bangun dia dari pengsan, dia terus membunuh diri.
kerana dia tak sanggup mendakwahkan dirinya atas kesalahan2 lalu.
kerana dia lebih pro pada salah tetap salah tanpa sebarang permuakfakatan fakta dan logik akal.
maka dia diangkatkan kelangit setelah terbunuh dirinya.
dan dicampak kebawah semula oleh autoriti langit yang tidak tahan menghidu bau busuk nistanya.

amin.

4 comments:

azmir abdullah said...

10 kudos untuk post ni!

coin-operated daj said...

hahah.
it does sound true kan?
pathetically speaking.

emotion device said...

Moral. Jangan biarkan robot jalan tiada kawalan..

coin-operated daj said...

haha betol2.