Saturday, May 23, 2009

mak, betul ke ape yang adik buat ni?

baru pulang dari berjalan jalan bersama kawan kawan kampung.
kami pergi ipoh.
ipoh dah berubah, kedatangan kami ke ipoh disambut plywood I.P.O.H acap kayu-kata hollywood yang terkenal di wilayah glamor barat.
tahniah zambry!
yucks~ please be original la mamak.

kami pegi ipoh nak jemput kawan kawan sekolah lama.
jemput lunch free kat kenduri kawen kakak aku.
7 jun.
anda juga dijemput.
datanglah... lauk banyak.
bunga telor pun ada.
mungkin ada kugiran :)

kami pergi naik keta sahril.
lancer baru.
harga ratusan ribu.
dia kaya.
budak offshore.
diploma holder yang berjaya.
duit dia banyak.
dalam bank tadi aku sempat curi tengok ada balance 7-8ribu. wow!

aku cucuk bankcard aku.
baki ada 4.60myr.
sigh.

entoi pun cucuk duit.
balance dia kurang dari sahril tapi berganda ganda dari aku.
jeles.

aku dah rasa tak sedap hati.
naluri materialistik dan semangat mahu cepat senang bergelumang-berenang dalam otak.
aku sumpah jeles dan teringin nak hidup ber-wang macam dorang.
tapi aku tak dapat.
sebab aku student.
tapi takpe.
aku halau perasaan tu jauh jauh.
syuhh syuhh!!

abis jumpa kawan kawan.
ada yang janji nak datang.
ada yang tak boleh datang sebab kerja.
ada jugak yang pegi umrah folo parent.
dan ada jugak yang nk pegi ziarah sanak sedara yang dikuarantin dek selsema babi.
rugi la kad kawen camni.
panggil tapi tak datang.

lepas je setel edisi menjemput kawan kawan dan coach coach bola sekolah dulu,
kami pegi jusco.
kat jusco ramai orang.
ramai gila. budak poli la tuu.
7 orang dikesan pakai tshirt 'saya sayang mak saya'.
so does everyone la budak!

kat jusco, sahril beli jeans.
mahal.
walaupun jenama giordano je.
sampai 3ratus lebih.
takpe dia kerja dia banyak duit.

dato beli kasut.
bukan satu, tapi dua!
takpe dia banyak duit.

aku beli boxer.
15.90myr.
sale.
warna merah.
murah.
aku takde duit.
aku student.

waktu nk beratur bayar tu perasaan jeles tadi datang lagi.
kali ni dengan gambaran visual sekali yang membayangkan kehidupan aku kalau aku stick to my citibank job. pasti aku boleh beli boxer yang bukan less.
mesti aku tak payah tanya kakak tu "brape kak harga after-less?' before buat keputusan untuk beli.

maka waktu tu aku siap terbayang kalaulah alia gemok tak belot kat aku, mesti aku still keja kat penang dan mempunyai akaun bank yang diisi dgn duit hasil titik peluh sendiri. pasti lagi alah membeli menang memakai.
and kalaulah aku tak appy upsi mesti aku maseh berkarier kat celcom and it wont be too bad either.

tapi the catch is,
mak tak akan senang.
mak mesti sedikit risau dengan employer anak bongsunya berstatus swasta.
mom being mom.

aku mula salahkan mak dan salahkan pertimbangan aku yang tak pernah nak ikut suara dalaman sendiri.

tapi cepat cepat aku buang.
tiba tiba lalu dalam otak yang kalau mak tak pernah nak salahkan aku sebab menyusahkan perut dan vaginanya untuk menyimpan aku 3suku tahun pada 1985, kenapa aku kena merengus pada tahun 2009 kan?

dan, daripada aku kerja pelantar minyak or pegawai risda or penasihat universiti malaysia perlis or even trainer citibank aku lagi enjoy jadi anak mak.








8 comments:

yeen said...

you regret, no?

coin-operated daj said...

it come and go.
but i have perfect armor to kill it now dont i?

yeen said...

u knew it better, haven't i told you that? ;j

coin-operated daj said...

yerp yerp :)

azmir abdullah said...

eeeeuuuuuuuuuu..
u guys bercinta kt sini ek?
ahakz~~!

eh ada kugiran!
saya nak main lah kt kenduri kakak awak!
payment tak banyak.. rm2k jew! murah sikit dari kugiran hujan!


hahaha jgn duk langsi no
mai kad kawin. ada duit aku sampai umah ang.
antaq kad kawin kt aku. tiau umah ang ktna nanti cari tak jumpa aku tersesat p gig pulak. susah ha camtu

azmir abdullah
839 taman tengku maheran,
bandar darulaman, 06000 jitra,
kedah darul aman pantang kalah walau sakit jatuh dan rebah.

coin-operated daj said...

hahah sok sampai.
xmai siap ang.
satu jitra aku amuk!!!

Pencungkil GiGi said...

aku taknak kerja.

nak jadi anak mak ja sampai tua.

itu pon satu pekerjaan...

:)

coin-operated daj said...

hahah stail2.
makan duit pencen depa jaa.
ranum!