Monday, November 24, 2008

bawah tapak kaki mak aku ada surga walaupun kakinya bersaiz 7

tadi mak tanya aku
"exam mcm mana? boleh buat?"

aku jawab "boleh."

aku tipu.

exam sem ni, aku tak bleh buat.
suma paper aku rasa aku lagi banyak menembak dari menjawab.

maunye tak... isap dadah, minum cough-en, gaduh, jalan jalan, berkugiran.
ish.

tapi kat depan mak, aku pakai topeng.
aku senyumkan dia dengan perawakan yang aku kurang bersosial di tanjung malim.
ah takpe.
itu white lies.

mak tanya lagi,
"boleh dapat dekan lagi tak sem ni?"

aku terkejut,
"aik, mak tau ka adik dapat dekan sem lepaih? mana mak tau dekan dekan semua ni?"

mak senyum sambil jawab dengan rilek,
"benda benda yang anak aku buat, semuanya aku tau, mak pun biasa muda jugak adik oi"

aicep.
mak biasa muda?
dia biasa layan pot kah?
biasa cough-en kah?
apakah dia tau sosialisasi aku kat tanjung malim.


ish.

1 comment:

yeen said...

habis la u...