Tuesday, November 25, 2008

i heart batu kurau

tadi aku pergi jalan jalan dengan kawan kampung aku.
kami pergi batu kurau.
batu kurau adalah tempat yang lagi kampung dari tempat aku.
kampung aku tak ngam dengan batu kurau.
tak tau lah nape, tapi memang sejak dari aku pindah ke selama, orang orang selama sering momokkan aku dengan perasaan bencikan batu kurau.
kadang kadang aku kesian, kadang kadang aku rasa batu kurau tak patut dicaci.

tapi bila pikir pikir balik pakcik tua dari batu kurau ketuk kepala aku pakai payung sebab tackle anak sedara dia dalam friendly bola 4tahun lepas, aku rasa adalah patut aku membenci batu kurau.


tapi bila aku keluar dari selama, mentaliti bencikan batu kurau sedikit kurang.
my dirty lil secret is aku pernah runner dam kat budak bmi asal dari batu kurau.

tadi aku pergi batu kurau sebab member aku nak pergi tikam budak batu kurau sorang ni.
kes rembat motor.
kesian tengok budak tu, tak cukup tanah lari.
aku sekadar tengok.
nak buat ape lagi, yeen cakap stay out of trouble.
so thats what ive been doing tonight, staying way out from trouble.
hajat hati hanyalah supaya benda ni cepat berlalu dan aku sempat balik tengok champions league.

dah setel member member aku lunyaikan budak tu, kami pergi minum minum kat kedai tom yam kat area batu kurau jugak. awek jaga kedai tu boleh tahan lawa, tapi pakai tudung, so count me out.
aku tak bernafsu pada gadis bertudung, mungkin sebab aku bukan mawi dan mungkin jugak sebab aku terlalu idolakan rambut wanita.

member member yang lain bukan main lagi mengayat budak ni.
mat mat kampung batu kurau dok tengok je.

sekali datang sorang pakcik ni 'salam salam' lebih kurang lepas tu bual.


dia tanya,
"mai mana?"

aku jawab,
"dari selama"

dia tanya lagi,
"mai mana?"

aku jawab lagi,
"dari selama, pakcik."

dia tanya lagi,
"mai mana?"

member aku jawab pulak,
"saya mai kot ******* **** ******, pakcik mai mana?"

pakcik tu jawab pulak,
"saya dari surau."







aiceh.
padan muka member aku.
pakcik ni rupanya pelawak profesional batu kurau.
cayalah!

2 comments:

yeen said...

haha. haha. haha.
padan la dgn muka.

kikilala said...

mai mana?

ini benar2 lawak!