Thursday, February 26, 2009

naik basikal, kayuh panjat bukit, lepas tu turun bukit laju laju sambil jerit

esok aku akan bersukaria.
selama 3hari 2malam.


best.
tido hotel.
pagi pagi, breakfast hot dog cicah cheese.
lepas tu topup plak scramble egg sambil menghirup teh uncang lipton cameron highlands.
aishhh~


best.
tido hotel.
tengok pemandangan tinggi dari tingkap.
bergumpal dalam susunan selimut ketat (yang tendang-lah banyak kali macam mana sekalipun mesti takkan terlerai dari tilam. -tabek housekeeper).
lepas tu leka leka bergurau senda, aley aley kena strike dengan mood romantic.
aishhh~

brekk...
semua ini takkan terjadi tanpa usaha.

fikir fikir balik...
semua ini takkan terjadi kalau aku bukan penyabar.

mentol fikiran menyala lagi...
semua ini takkan terjadi kalau aku susah memahami orang.

dan...

semua ini takkan termakbulkan jika aku seorang escapis normal yang kerap berselindung dibalik kata kata cantik popular 'hidup ibarat roda, adakala kita diatas, adakala kita dibawah'.


aku sanggah kata kata ini!


kata kamu: ianya tulus.
aku setuju.
tapi
ia terlalu beremosikan penyerahan.
aku pula kabur dengan emosi berserah.
tak kira apa saja fundamental SERAH.
datanglah ia dari cabang escapisme,
tawakkal
hatta 'proses kehidupan dara-isme sami' sekalipun.
aku jadi gatal mata memikirkan ke-relevan-an-nya.
cough*NONSENSE*cough.
oops, excuse me.


maka hidup aku senang aku gambarkan dengan kata kata yang aku rasakan haq' pada akal fikiran dan perasaanku.

ingat, ini adalah apa yang aku percaya, kamu tidak dipaksa untuk mengangguk ya?


aa again, ini adalah kata kata yang aku percaya,
'hidup ini ibarat mengayuh basikal. apabila aku sudah letih dan tiba di hujung bukit, aku tahu aku tak perlu mengayuh lagi untuk turun.'

dan esok,
aku akan menuruni bukit dengan lapang dada.
tapi aku tetap teringatkan yang selepas ini,
realitinya adalah,
aku perlu memanjat bukit itu semula.
haihhh~


but again,
at the moment,
the hard-fought fruits, is finally ripen.
P-A-R-T-A-Y-Y!!!!!!!

2 comments:

emanisme said...

ini bapak style nye...

esok aku dah kena beli basikal 2.adoi....

coin-operated daj said...

beli dow.
pastu kita kayuh sama2.
kita panjat bulan.

style kan?