Friday, March 13, 2009

ada kawan tanya aku tadi thru ym "dat. awat ang sokong man u?"

aku bukan sokong man u atas alasan their past history is so darn colorful with pallets and stuffs.
aku juga bukan sokong man u atas alasan aku ni glory hunter.
kalo aku ni glory hunter, baek aku sokong kedah fc. 2straight season dapat treble kot.

lama berfikir,
aku buzz balik kawan aku ni.
dan aku taip jawapan ni.
"you see, pride is manchester united?"

dia bersetuju.
"em"



aku juga ada alasan alasan lain to support man u.

theres no other football team that can bring you results week in week out on regular basis that is worth your money. and the results is so vital when you keep dragging your gf to matches and beat her with attitude when utd's losing.

tapi secara relevannya, aku sokong man utd sebab aku ada sentimental value dengan org yang aku paling benci to date.


first football game yang aku tengok adlah utd lawan liverpool '93. both locked horn at old trafford.
it was live on tv3 that time.
part of special showcases since that day is raya haji.
that time, bapak aku still lingering around.
dia drive laju gila dari taiping ke melaka.
nak kejar game kul 6stengah.
dengan kelajuan ford econovan, kami terpaksa singgah satu kedai kat seremban.
tengok bola kat situ.
kat situ aku tersedar something yang drive aku sampai hari ni.


dalam keta depan kedai tu,
bapak aku kalut tukar baju.
dia pakai jersi utd yang ada lambang sharp tu.
replika one.
belakang ada nama giggs.


dia suruh cik aku tukar baju aku jugak.
suruh aku pakai jersi man u yang dia beli waktu dia kat siam.


setel tukar baju.
dia heret aku masuk kedai tu sambil mak kakak dan cik aku goin places to kill time.
dalam kedai ramai orang pakai baju sama dengan kami.


aku cakap kat bapak aku
"malulaa baju sama. boria."

bapak cakap
"pakai baju melayu warna sama, memang kena malu. pakai jersi man u sama dengan orang itu pride.'

aku kerut
"pride tu apa?"

bapak tipu
"pride tu manchester united."

aku percaya.
sampai hari ni.


...and united won 3-1 that day.

4 comments:

yeen said...

a touching piece of writing...

coin-operated daj said...

something's that i wish never happe actually.

i/am/azmir said...

keke.. aku suka baca yang ni.. ada rasa terharu sikit2 ;))

coin-operated daj said...

:)